Muat Naik Foto Di Instagram, Peminat Cakap Atikah Suhaime Iras Lisa Blackpink!

Asraf Aided
Oktober 24, 2018 08:04 MYT
Pelakon Atikah Suhaime memuat naik beberapa foto ketika berada di sebuah salun rambut tempatan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Atikah, gaya rambut yang digayakan itu adalah untuk lakonan dalam filem terbaru tidak lama lagi.
"Gaya rambut ini adalah untuk filem terbaru lakonan saya, ada peralatan tertentu yang digunakan untuk mendapatkan rambut 'sleek' seperti ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Atikah memuji kejelitaan yang dimilikinya dan ada juga yang menyamakan wajahnya dengan Lisa, seorang anggota kumpulan penyanyi popular dari Korea iatu Blackpink.
"Ingatkan Lisa Blackpink tadi.
"Macam Lisa Blackpink lah!
"Kenapa macam Lisa Blackpink?" tulis netizen.
Aktres kelahiran Singapura ini mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2010 dan kerap muncul menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.
#Atikah Suhaime