Muat Naik Foto Pakai Rambut Palsu, Ada Yang Cakap Janna Nick Macam Lisa Black Pink, Ada Juga Cakap Macam Lady Gaga!

Asraf Aided
November 10, 2018 08:29 MYT
Selebriti popular, Janna Nick memuat naik sekeping foto memakai rambut palsu panjang mirip gaya rambut artis korea.
Gambar itu dikongsi Janna menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Saturday, mind to share your weekend plan with me?" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Janna memberi respon positif terhadap kapsyen yang ditulisnya, ada juga yang memuji imej Janna berambut panjang walaupun ia sekadar rambut palsu.
"Macam Korean awak ni.
"Walaupun rambut palsu tapi cantik sangat!
"Kenapa dah macam Lisa Black Pink?
"Janna Gaga" tulis netizen.
Janna mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2012 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.
#Janna Nick