Pelakon Elfira Loy mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac.


Menerusi laman sosial Instagram, Elfira berkongsi foto mengenakan blouse berwarna oren namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah kelihatan seakan ‘baby bump’ pada perutnya.

“Syukur atas nikmat yang diberikan,” tulis Elfira ringkas di ruangan kapsyen.

A post shared by @elfiraloy


Menerusi perkongsian tersebut, ramai wargamaya meneka perut Elfira kelihatan berisi dan membuat andaian pelakon telefilem Cik Paris Diva Kampung itu kini sedang berbadan dua.

Di ruangan komen, ia dibanjiri dengan ucapan hari lahir di samping tekaan nakal peminatnya mengenai andaian Elfira hamil anak kedua.

Happy birthday Elfira. Seperti ada baby bump,” komen seorang wargamaya.

Happy birthday, nampak baby bump,” kata seorang wargamaya.

Macam pregnant je, ke tak?” tanya seorang wargamaya lagi.

Macam pregnant,” tulis seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 63,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019.