Laman Utama

Muat Naik Foto Seolah Pre-Wedding, Afgan Bakal Tamat Zaman Bujang? - “Akhirnya Gan, Tahniah Ya!”

gempak
Azwa Rahman
06/07/2022
04:13 MYT
Sponsor Banner
Muat Naik Foto Seolah Pre-Wedding, Afgan Bakal Tamat Zaman Bujang? - “Akhirnya Gan, Tahniah Ya!”
Penyanyi terkenal Indonesia Afgan mencetuskan tanda tanya umum apabila berkongsk foto seolah-olah bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya.
Menerusi laman sosial Instagram, pemilik nama sebenar Afgansyah Reza, 33, memuat naik tiga keping foto yang dikatakan sebagai pra-perkahwinan untuk tatapan umum.
“Embracing the new journey,” tulis Afgan di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu itu hanya berkongsi separuh foto gadis tersebut dan tidak memperlihatkan keseluruhan wajahnya.
“Have i told you i made the best call?” ujar Afgan menerusi hantaran terbabit.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah seolah-olah perkahwinan tersebut bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Ahhh so sweet, tahniah Agiu,” komen Isyana Sarasvati.
“Finally Gaan! Congrats ya,” ujar Sivi Azizah.
“Oh my God, siap hadir!” kata Tara Basro.
Bukan itu sahaja, ramai peminat memetik nama Rossa di ruangan komen.
“Happy for you Afgan! Also sending all my love to teh @itsrossa910 yang sabar dan sayang,” kata seorang wargamaya.
“Tak rela Afgan ada bini,” luah seorang wargamaya.
“Saya memikir sampai tak boleh kerja,” tulis seorang wargamaya lagi.
Dalam pada itu, ada wargamaya ang turut berpendapat foto-foto tersebut merupakan sebahagian daripada promosi muzik video terbarunya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada wargamaya.
Terdahulu, hubungan rapat di antara Afgan dan Rossa sering menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menganggap mereka adalah sepasang kekasih.
Namun sehingga ke hari ini, ia tidak disahkan oleh kedua-dua bintang popular itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live