Muat Naik Foto Tak Berbaju Di Kolam Renang Sambil Bagi Pick Up Line... Ramai Yang Cair Dengan Daler Yusuf!

Asraf Aided
Oktober 29, 2018 09:44 MYT
Pelakon dan model, Daler Yusuf memuat naik sekeping foto di kolam renang baru-baru ini.
Gambar tersebut dikongsi Daler menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Lebih menarik perhatian adalah 'pick-up line' yang ditulis Daler di ruangan kapsyen.
"Walaupun KLCC di depan mata, tapi mata saya nak tengok awak je," tulisnya.
'Pick-up line' tersebut telah mengundang perhatian ramai wanita yang mengikuti Daler di Instagram.
"Walaupun awak jauh di sana, tapi hati awak tetap kat sini.
"Jangan lah tengok saya, saya malu lah.
"Alamak!" tulis netizen.
Daler mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2015 dan sedang membina popularitinya menerusi lakonan dalam drama tempatan.
#Daler Yusuf