Hiburan

Muat Naik Gambar Mata Sebelah, Siap Dituduh Iluminati... Apa Kisah Sebenarnya Ni?

Hanafis Haris
25/11/2019
16:05 MYT
Baru-baru ini ramai antara selebriti yang memuat naik gambar dengan mata kiri tertutup sama ada menggunakan kain atau kapas putih.
Antara yang kelihatan adalah Heliza Helmi, Noh Salleh serta beberapa aktivitis kemanusiaan.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan serta tanda tanya dalam kalangan netizen.
Paling membimbangkan apabila ada netizen yang menuduh selebriti ini membangkitkan gaya dan unsur iluminati.
Pada yang tidak tahu, gaya berkenaan sebenarnya adalah tanda solidariti kepada seorang wartawan jurugambar bebas Palestin, Muath Amarneh yang matanya dicederakan oleh tertera Israel ketika bertugas pada 15 November lalu.
Sejak daripada kejadian tersebut, Muath kehilangan satu matanya akibat peluru getah yang ditembak oleh puak Israel.
Seluruh dunia kemudian memuat naik gambar mereka dengan hanya satu mata terbuka bersama hashtag #muatheye.
Malah, sebelum ini telah tular video memamparkan pembaca berita Palestin bersiaran langsung dengan mata tertutup sebelah.
Anda boleh lihat gambar berkenaan di bawah:

#muatheye ??x??

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Gaya Hidup

Guna Tilikan Untuk Nasihat & Pandangan? Ini Hukumnya Dalam Islam

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Ramai dalam kalangan kita, khususnya umat Islam yang menggunakan khidmat individu untuk meramal atau melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar – dalam erti kata lain menerima nasihat daripada tukang tilik.
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.