Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
Umirah Halim
24/08/2024
09:26 MYT
Sponsor Banner
Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.

Hanya mahu beri kesedaran

Menurutnya, tujuan dia berkongsi hantaran tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

“Benda ini yang dikatakan lucah, tiada langsung kata-kata positif yang saya terima semua kata tak boleh cerita aib anak.

“Ada ke post ni Azal bukak seluar dia cuma kata benda macam gajah dan saya nasihat kat dia sebab tu Azal jangan tengok benda bukan-bukan

“Bukan untuk anak autism saja anak normal korang bukak internet apa pun korang tak tahu tau tau benda dah jadi.

“Kita sebagai ibu bapa mendidik anak kita, apa yang boleh apa yang tidak, kalau benda ni pun korang kata lucah otak korang tu lagi lucah,sebab boleh fikir sejauh itu.

“Saya kena kecam sebab video ni macam Azal tu dah tunjuk benda dia pulak,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”
BERITA TRENDING: Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"
BERITA TRENDING: Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"
BERITA TRENDING: Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies

Mohon maaf terpaksa 'block'

Demi menjaga kesihatan mentalnya, ibu kepada empat orang anak itu turut membuat permohonan maaf kerana terpaksa menyekat segelintir pihak yang mengecam dirinya.

“Saya minta maaf lah kalau saya terpaksa block insan insan yang menghina saya. Saya pun nak jaga mental health saya juga, kat luar tu lagi macam macam berlaku at least Azal ni pergi mana dengan saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian video pelakon Zarina Zainuddin bersama anak lelakinya Azal yang bercerita mengenai keadaan alat sulit mendapat kecaman daripada netizen.

Dalam video berkenaan, Azal, 28 tahun yang juga autism bercerita kepadanya mengenai keadaan alat sulitnya yang ‘berdiri’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live