Usahawan kosmetik Safiey Illias kembali meraih kecaman selepas memuat naik video terbaru di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi potongan video tersebut, Safiey yang sedang mengadakan sesi fotografi mengenakan busana mencolok mata dan kelihatan hampir separuh bogel.

Makan hati ke sakit hati ? . . @Auroraofficial_Hq #lagisyantik #dsiempire #sofeaestetik #aurorasxpremium

A post shared by D S I (@safieyillias94) on


"Makan hati ke sakit hati?" tulis Safiey ringkas di ruangan kapsyen.

Seakan mengundang perbalahan, netizen mula mengecam Safiey di ruangan komen.

Dalam pada itu, Safiey sendiri turut membalas beberapa komen-komen negatif dari netizen.

Sebelum ini, Safiey hebat dikecam disebabkan perubahan imejnya yang kembali menjadi 'perempuan' selepas berhijrah ke arah kebaikan.

Teks : Asraf Aided
Foto & Video: Instagram Safiey