Pengacara Nana Mahazan menerima pelbagai reaksi kurang senang netizan selepas memuat naik video di Instagram (IG) tanpa mengenakan tudung.

Bagaimanapun pengikut Nana di IG tampil mempertahankan pengacara tersebut dan menjelaskan perkongsian video masakan tersebut sudah lama dirakam.

Jelas mereka lagi, Nana terikat dengan komitmen bersama klien, malah pernah menjelaskan menerusi video sebelum ini mengenai perkara tersebut.

“Nana kena post video yang dah shoot lama sebab masih terikat kontrak dengan klien. Campaign dah jalan tak boleh sesuka hati stop or cancel. Give her some space please,” tulis seorang pengikut.

Ada juga pengikut yang menyarankan Nana menyertakan tanda pagar #throwback atau tarikh rakaman bagi mengelakkan salah faham.

“Kak Nana buat mcm Fazura yang mana old video die letak ayat throwback/ taken few months ago. Kesian Kak Nana penat jawab huhu. Tapi sekali tengok pun sebenarnya dah boleh nampak kot video lama. Sabar ya Kak Nana. Hugs,” komen seorang lagi.

Menerusi tinjauan Gempak di IG Nana, rata-rataya memahami situasi dihadapi pengacara tersebut dan memintanya bersabar dengan komen negatif haters.

Dalam pada itu Nana turut di ruangan komen mengenai perkara tersebut.

“Kalau macam tu, kena habiskan contract next year baru leh hijrah ek gitu..Adududu…Tak pe, tak pe mereka tak perlu faham, cukup kita dan Dia.InsyaAllah…Moga kita dipandangNya…Allah maha pengampun,” jawab Nana positif

Menurut Nana, perkongsian video masakan berkenaan merupakan satu daripada komitmen kerjanya yang telah dipersetujui sebelum dia mengenakan tudung.

Pengacara dan bekas penyampai radio itu turut menjelaskan, selepas ini akan ada beberapa lagi perkongsian promosi produk yang menggunakan gambar atau video lamanya.

Lima hari lalu Nana atau pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan, 38, muncul kali pertama berhijab dalam sesi siaran langsung menerusi IG.

Penghijrahan ibu kepada dia cahaya mata itu mengundang maklum balas positif pengikut yang turut memuji penampilan terbaharunya.