Laman Utama

Muda 30 Tahun, Fatima Sana Shaikh Didakwa Punca Aamir Khan Bercerai

gempak
Maliah Surip
06/07/2021
15:25 MYT
Sponsor Banner
Muda 30 Tahun, Fatima Sana Shaikh Didakwa Punca Aamir Khan Bercerai
Berita penceraian pesohor Bollywood, Aamir Khan dan isterinya yang telah dikahwini hampir 16 tahun, Kiran Rao baru baru ini masuk ke babak baharu.
Hal ini kerana peminat mula mengaitkan kembali hubungan baik Aamir dengan aktres Fatima Sana Shaikh.
Fatima yang baru berusia 26 tahun didakwa bukan sekadar 'lawan di gelanggang seni', tetapi juga menjadi punca Aamir dan Kiran bercerai.
Nama aktres yang menjadi heroin Aamir dalam filem hit Dangal pada tahun 2016 itu menjadi treding di Twitter sebaik aktor tersebut dan Kiran mengumumkan penceraian mereka Sabtu lalu.
Tidak hanya dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aamir, ada peminat yang mendakwa aktor itu akan segera berkahwin dengan Fatima.
Hubungan Aamir, 56, dengan Fatima memang telah lama dihidu peminat. Apalagi selepas terbabit dalam filem Dangal, mereka sekali lagi berlakon bersama menerusi Thugs of Hindostan.
Pada tahun 2016, Aamir dan Fatima dilihat beberapa kali berpegangan tangan sewaktu jalan bersama.
Malah, isteri Aamir juga dikatakan tidak menyukai dan cemburu dengan gandingan suaminya itu bersama Fatima.
Meski demikian, baik Fatima atau pun Aamir belum memberi sebarang kenyataan mengenai dakwaan yang dibuat peminat tentang hubungan mereka.
Terdahulu, dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Aamir dan Kiran mengatakan perceraian tidak akan membuat hubungan mereka renggang. Mereka akan terus menjadi ibu dan bapa kepada Azad dan berkolaborasi dalam kerja seni.
"Kami melihat perceraian ini bukan sebuah pengakhiran tetapi perjalanan yang baru," tulis kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, Aamir memiliki seorang anak lelaki, Azad Rao Khan, 9, bersama Kiran. Sebelum berkahwin dengan penerbit filem tersebut, aktor yang berasal dari Mumbai, India ini pernah menjadi suami Reena Duta.
Kredit Foto: News Reportez Instagram: @fatimasanashaikh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024