Muda 4 Hari, Adik Shila Amzah Tak Nak Panggil Ubai Dengan Panggilan ‘Abang’
Izwan Isa
29/05/2023 00:50 MYT
29/05/2023 00:50 MYT
Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan plot twist yang berlaku antara penyanyi Shila Amzah dan tunangnya, Ubai.
Memuat naik status berbaur sedih lalu mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan beberapa hari kemudian, ramai yang ‘terpedaya’ dengan ‘drama’ cinta antara dua sejoli itu.
Sungguhpun begitu, ramai dalam kalangan peminat dan juga barisan rakan selebriti mengucapkan tahniah atas ikatan pertunangan tersebut.
Selain itu, hari bahagia pertunangan Shila juga turut diserikan dengan kehadiran bapanya, penyanyi ND Lala, walaupun hubungan ND dan keluarganya didakwa renggang sebelum ini.
Namun, ada satu hal yang mencuit hati berlaku selepas majlis pertunangan tersebut berlangsung.
Adik Shila, iaitu Syaza Amzah berkongsi gambar dan status di Instagram Story berbunyi: “Belum boleh say welcome to fam. Kita say congratulations dulu for the lovebirds Shila Amzah, Ubai. Tak nak panggil abang,” tulisnya.
Kemudian, Shila mengulang siar Instagram Story berkenaan dan berkata: “Panggilah abang, tolonglah. Kan tunang saya tua empat hari dari awak,” balasnya.
Difahamkan, hubungan cinta antara Shila dan Ubai mula mekar ketika Shila mula aktif dalam bidang seni sekitar tahun lalu.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.