Hiburan
Mudah Je… Ini 5 Aktiviti Berfaedah Boleh Dilakukan Sampai Habis PKP
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan membasmi penularan wabak Covid-19 untuk mengurangkan jumlah mangsa di negara ini.
Berdasarkan arahan yang dikeluarkan semua institusi pendidikan ditutup dan kakitangan sektor swasta serta kerajaan kecuali 25 sektor diklasifikasikan penting juga diminta bekerja daripada rumah bermula 18 Mac sehingga 28 April ini.
Waktu ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai dengan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Ini lima aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan bersama keluarga sepanjang PKP :
1. Solat Berjemaah
Kalau sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerjaya, ini masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan dengan Allah dan meluangkan waktu bersama keluarga. Memandangkan masa kita terhad di rumah selama 24 jam, tidak mustahil untuk kita solat tepat pada waktunya secara berjemaah.
2. Mengaji Al-Quran
Masa yang terluang terisi dengan aktiviti bermanfaat seperti membaca Al-Quran, muhasabah diri dan bermunajat kepada Yang Maha Esa.
Tak kisah sama ada ibu bapa atau anak-anak, ini adalah masa yang sesuai untuk belajar dari awal dan memperbaiki bacaan serta tajwid kita.
Daripada asyik main telefon bimbit, baik mengaji dapat juga pahala!
3. Menonton Filem Kegemaran
Memandangkan PKP menghalang kita daripada keluar dari rumah, jadi panggung wayang pun tak boleh nak jejak kaki.
Tapi jangan risau Astro sajikan banyak filem pecah panggung antaranya Polis Evo, Misteri Dilaila, Dukun, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.
Akan datang di saluran 480, anda boleh saksikan filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia tahun 2020 iaitu ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ (NKCTHI) bermula 23 April ini. Jangan terlepas!
4. Asah Skil Memasak
Rasanya ramai yang tak pandai masak dah boleh masak sepanjang PKP ini. Daripada nak pesan makanan dari luar, baik buat sendiri. Duit pun boleh jimat!
Untuk mengelakkan anak bosan terperap dalam rumah, boleh ajak sekali. Menu ringkas pun okey. Sehari satu menu, sebulan dah dapat 30 jenis juadah makanan. Boleh masukkan sekali dalam senarai berbuka puasa nanti.
5. Bersenam
Ramai yang merungut hanya bangun, makan dan tidur sepanjang masa, sekali gus melahirkan kebimbangan berat badan naik dalam tempoh itu.
Alasan tidak dapat keluar ke gimnasium, pusat kecergasan atau ke taman untuk berjoging seperti yang dilakukan sebelum ini.
Sebenarnya sepanjang berada di rumah, masih boleh menjalankan senaman untuk memastikan kekal cergas. Terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan antaranya melakukan ‘squat’ sebanyak 20 kali.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April 2020.
NKCTHI membawa barisan hebat antaranya pelakon dari filem romantis popular ‘Heart’, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala) Oka Antara (The Raid 2), Shiela Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan) dan ramai lagi.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.