Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Mudah Kerja Dengan Suami”- Indah Ruhaila

Rozaimi Zubaidi 26/02/2018 | 08:09 MYT
Penyanyi Indah Ruhaila mengakui selesa untuk menggunakan khidmat suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik sebagai pengurus bagi menguruskan kerjaya seninya.
Menurut Indah, 31, dia senang untuk berkerja dibawah pengurusan suaminya memandangkan mereka mempunyai pendapat yang sama.
"Alhamdulillah, sekarang ini kerjaya seni saya diuruskan sepenuhnya oleh suami dan dia akan menemani kemana sahaja saya pergi.
"Mudah sebenarnya bekerja dengan suami kerana dia merupakan seorang yang memahami dan tenang.
"Dia juga bertangungjawab menyusun atur jadual saya sekarang dan menjadi penasihat dalam penampilan saya ketika berada di luar.
"Suami merupakan seorang yang sangat jujur dalam memberi komen dan perkara ini membuatkan saya selesa bersama dia," katanya kepada Astro Gempak.
Indah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Indah dan Shariff telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember lalu di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya.
#Penyanyi #Penyanyi #Indah Ruhaila
;