Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mudah Rupanya... Ini Cara Nak Register PADU

Muhammad Firdaus
03/01/2024 14:25 MYT
Dengan kemajuan teknologi, kerajaan Malaysia telah melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU yang menuju ke arah komprehensif digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Dilancarkan pada 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam PADU.

Kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak terlepas daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Pendaftaran PADU boleh dibuat di pautan www.padu.gov.my.



Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar:
  1. MAKLUMAT ASAS
    • Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.
  2. PENGESAHAN AKAUN
    • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.
  3. TETAPKAN KATA LALUAN
    • Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.


Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu:



Setelah berjaya mendaftar, anda akan mendapat notifikasi melalui telefon bimbit seperti berikut:


Sumber: e-Central

#Daftar #PADU