Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Mudah-Mudahan Tuhan Lindungi Kita” - Biarpun Lumpuh, Warga Emas Ini Tetap Semangat Cucuk Vaksin! Cayalah!

Hanafis Haris
08/06/2021 23:13 MYT

Tular di media sosial apabila ada seorang warga emas mengambil vaksin Covid-19 dalam keadaan terlantar.

Video Ab Latip Md Yusop dipapah anaknya untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) FRIM, Kepong itu membuatkan ramai netizen tersentuh.

Namun, siapa sangka rupanya warga emas tersebut telah terlantar sejak 2011 selepas mengalami kemalangan.

Biarpun serba kekurangan, namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya mengambil suntikan cvaksin.

Menerusi Harian Metro, anaknya Norazean Ab Latip memberitahu ayahnya itu hampir setiap hari bertanyakan segala dokumen keperluan yang diperlukan sebelum mengambil vaksin.

“Hari-hari ayah dengar siaran langsung Ketua Pengarah Kesihatan sebut kepentingan vaksin, jadi ayah sendiri yang mahu divaksin.

"Dari rumah ke PPV ayah memang dibaringkan sepanjang perjalanan. Ayah lumpuh seluruh badan sejak kemalangan jalan raya,” katanya.

Tambahnya, ayah juga menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah takut dan berasa bimbang.

“Kerajaan dah sediakan semua. Jadi tak ada khuatir apa-apa.

"Terus injection (ambil suntikan vaksin), semua berjalan dengan baik.

“Mudah-mudahan Tuhan lindung kita dari penyakit Covid-19. Harap ambil vaksin seberapa segera yang boleh," katanya menerusi nota suara.





#Vaksin #Lumpuh #Wargaemas #Terlantar
;