Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mudahnya! Tak Perlu Bakar Atau Kukus, Ini Resepi Puding Karamel Tanpa Telur!

Syafiqah Jalal
18/08/2023 12:21 MYT
Puding Karamel selalu menjadi dessert atau pencuci mulut yang sangat digemari ramai. Namun tak semua suka makanan yang berasaskan telur kerana rasa dan bau hanyir. Malah ada juga ada alahan dengan telur.

Namun kepada yang mahu makan puding karamel tetapi tidak mahu ada bahan telur, tukang masak popular dari YouTube, Che Nom kongsikan resepi puding caramel tanpa telur.

Bukan itu sahaja, lebih memudahkan lagi resepi ini tidak perlu dibakar atau dikukus, cuma sejukkan di dalam peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan. Teksturnya pun cantik, licin dan lembut.

Ikut sahaja resepi mudah di bawah ini:

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk gula karamel:

1/4 cawan gula

3 sudu besar air

Bahan-bahan untuk puding:

1 paket agar-agar (10g)

1 tin susu cair

1/2 cawan susu pekat

4 cawan air

3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)

3 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk gula karamel:

Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.

Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).

Cara-cara untuk membuat puding:

Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.

Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.

Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.

Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.

Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

Tip:

Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.

#Resepi #Bakar. #Kukus #Puding Karamel #Telur!
;