Mufti Menk Dikecam Gara-Gara Main Flyboard, Dituduh Tidak Hiraukan Ummah
Izwan Isa
20/10/2022 03:20 MYT
20/10/2022 03:20 MYT
Gara-gara sekeping foto yang dimuat naik di Facebook, pendakwah Mufti Menk menerima kritikan daripada seorang pengguna media sosial.
Menerusi komen yang ditinggalkan di foto tersebut, seorang individu berkata yang sebagai seorang ulama, Mufti Menk sepatutnya tidak mempunyai masa untuk bermain flyboard.
“Ulama yang sebenar tak ada masa untuk hal-hal keseronokan, mereka prihatin terhadap ummah!” tulisnya.
Melihat pada komen tersebut, Mufti Menk memberikan respons tentang keseimbangan yang perlu ada dalam diri seseorang, waima seorang ulama.
“Ulama-ulama sebenar tidak akan perasan dengan komen kamu di media sosial atau pun ada masa untuk membalas komen berkenaan.
“Beberapa minit yang dihabiskan dalam masa setiap tahun tidak menentukan ketulenan seseorang.
“Rasulullah SAW juga melakukan banyak aktiviti bersama keluarganya. Kita perlu seimbang. Anak-anak dan ahli keluarga kita mempunya hak ke atas kita,” katanya.
Tambah Mufti Menk, untuk prihatin terhadap ummah, seseorang itu perlu prihatin terhadap keluarganya terlebih dahulu.
“Have an awesome day,” tutup Mufti Menk.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!