Mufti Menk Doakan Rakyat Malaysia Dilindungi Daripada Bencana Banjir & Cuaca Buruk

Fiza Kamarudin
Disember 20, 2021 22:58 MYT

Ulama terkenal Mufti Menk mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan Filipina dilindungi daripada bencana banjir dan cuaca buruk yang sedang dihadapi.

Ulama tersebut berkata, beliau bersimpati dengan bencana berkenaan dan mengakui warga tua dan yang sakit adalah antara yang paling berisiko dan perlu dipindah ke tempat lebih selamat.
"Semoga Yang Maha Kuasa melindungi rakyat #Malaysia dan #Filipina daripada banjir dan cuaca ekstrem yang mereka hadapi.
"Golongan muda, orang sakit dan orang tua adalah yang paling terdedah kerana mereka dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

"Semoga dipermudahkan olehNya dan kembali pulih seperti sedia kala. Aamiin," tulis beliau.

May the Almighty protect the people of #Malaysia and the #Philippines from the floods and extreme weather they’re facing. The young, the sick and the elderly are the most vulnerable as they’re being evacuated to safer areas. May He grant ease and restore normalcy soon. Aameen.

— Mufti Menk (@muftimenk) December 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat 12 tengah hari Isnin, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan seramai 41,418 mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di lapan negeri telah dipindahkan ke 405 pusat pemindahan sementara (PPS).
Lapan negeri yang terbabit ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ia melibatkan 8,384 keluarga.

Sumber: Astro Awani

#Bencana Banjir 2021 #Malaysia Banjir #Mufti Menk