Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mufti Pandang Serius Kenyataan Sajat, Artis Mengaku Bangga Jadi Pondan

Fiza Kamarudin
04/03/2021 00:45 MYT
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) memandang serius kenyataan usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang mendakwa berniat menukar agama setelah berkonflik dengan pihak jabatan agama di sebuah negeri.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.

Beliau berkata segelintir masyarakat mula berasa keliru dengan beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah normal serta tidak menyalahi agama, sekali gus dibimbangi akan membuka pintu-pintu keburukan yang lain.

"Sehubungan itu, pihak PMWP ingin menasihati seluruh umat Islam di negara ini supaya sentiasa memelihara maruah diri masing-masing terutamanya dengan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum," katanya dalam sebuah kenyataan.

Luqman turut menzahirkan rasa bimbang terhadap pengakuan seorang artis yang mendakwa dirinya merupakan seorang transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan.

Sehubungan itu, PMWP mengingatkan umat Islam di negara ini agar menghormati Perlembagaan serta undang-undang khususnya yang berkaitan dengan jenayah syariah.

Sumber: Astro Awani

#Mufti #sajat #Isma Yusoof Mengaku Pondan
;