Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mufti- Swab Test & Suntikan Vaksin Covid-19 Tak Batalkan Puasa Kerana…

Syafiqah Jalal 16/03/2021 | 13:59 MYT
Suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada Ramadan akan datang.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana bukan membabitkan rongga terbuka.
Malah, katanya, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
"Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa.
"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," katanya.
Lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, dilaporkan berkata, mereka adalah petugas pasukan barisan hadapan dan proses vaksinasi masih berlanjutan bagi kumpulan itu.
Sumber: Berita Harian
#Puasa #Vaksin #batal #COVID-19
;