Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekali gus menyebabkan 1 Syawal diisytiharkan pada 2 Mei 2022.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata cuaca yang cerah serta tiada sebarang halangan telah memungkinkan anak bulan Syawal dilihat di negara ini.
"Pada kali ini agak berlainan daripada kebiasaan sebenarnya kerana salah satu lokasi daripada 29 lokasi yang diwartakan untuk mencerap anak bulan telah melaporkan kenampakan anak bulan.
"Jadi dengan kenampakan anak bulan tersebut, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah isytiharkan 2 Mei esok adalah 1 Syawal, bererti ia tidak selaras dengan apa yang telah dijangkakan sebenarnya.
"Bagi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan, kita bergantung kepada laporan daripada pihak-pihak yang mencerap," katanya kepada media di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.
Beliau sebelum itu hadir bagi proses melihat anak bulan Syawal yang turut disertai daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Ditanya berkenaan kekeliruan yang berlaku dalam isu pencerapan anak bulan, Luqman berkata kekeliruan mungkin wujud disebabkan kriteria baharu yang ditetapkan.
"Keyakinan kepada kriteria baharu yang ditetapkan oleh negara kita oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), kita menerima pakai menentukan Rukyah dengan 3 darjah menegak dan 6.4 darjah melengkong.
"Berasas kepada kriteria tersebut, maka dari segi kiraan anak bulan, agak sukar untuk ia dilihat tetapi kemungkinan tetap ada.
"Jadi, apa yang belaku pada hari ini, kemungkinan itu telah menampakkan kepada kita bahawasanya bila langit cerah dan tiada sebarang halangan untuk mencerap, maka anak bulan boleh dilihat walaupun dari segi kritertia ia tidak mungkin.
"Jadi dengan umur anak bulan 15 jam lebih itu, ia sebenarnya telah memberi satu kemungkinan untuk berlaku kenampakan anak bulan walaupun kriteria tidak menyokong tentang data itu," jelasnya.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini mengumumkan 1 Syawal ditetapkan pada 2 Mei 2022, Isnin.
Sumber: Awani
Awani
Mon May 02 2022


Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.