Muhammad Gempa Nama Bayi Yang Lahir Ketika Gempa Bumi Lombok
Amri Hassan
08/08/2018 09:10 MYT
08/08/2018 09:10 MYT
Seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika kejadian gempa bumi yang melanda Lombok Utara, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki.
Menerusi tweet Palang Merah Indonesia, ibu bayi berkenaan Sri Handayani, 38 tahun, melahirkan bayinya pada awal pagi Isnin di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara.
Di sebalik tragedi yang berlaku, ibu dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah, direkodkan berlaku sehingga jam 6 pagi Isnin.
Gempa kuat yang berukuran 6.9 pada skala Richter pada Ahad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 105 nyawa setakat ini.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13,000 rumah yang musnah telah dibersihkan.
Sumber: Agensi, Astro Awani
Foto: Indonesian Red Cross

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.