,
Laman Utama

Muhammad Zaharif Terseret 5 Meter Selepas Dilanggar

Gempak
15/12/2023
21:12 MYT
Pelajar tingkatan lima yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Jalan Taman Jadi, Meru, di sini, dikatakan terseret sejauh lima meter.

BERITA TRENDING: Calon SPM Maut Kemalangan Langgar Lari Dekat Sekolah

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah itu, mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.
Dikatakan, ketidakpuasan hati itu mendorong pemandu kereta berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja itu kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.
Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.
Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk bedah siasat.
Tinjauan di Jabatan Forensik HRPB mendapati, ahli keluarga mangsa masih menunggu proses bedah siasat selesai.
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut dilihat hadir ke Jabatan Forensik berkenaan bagi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu terhadap keluarga pelajar berkenaan.
Insiden berkenaan turut tular di media sosial hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu akan direman esok untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aktor Senior Ganti 32 Kereta Dalam Setahun: “Kita Dari Kampung, Jadi Popular, Banyak Duit…”

gempak
07/11/2024
16:00 MYT
Seorang aktor senior Indonesia dikhabarkan pernah bertukar sehingga 32 kali jenis kenderaan dalam tempoh setahun pada zaman kegemilangannya.
Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

gempak
07/11/2024
11:55 MYT
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Berita

Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat Sekali Lagi

gempak
06/11/2024
11:53 MYT
Calon Parti Republikan, Donald Trump menang sekali lagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya memperoleh 270 undi elektoral, lapor portal berita The Hill hari  ini.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Unitar