Laman Utama

Muhyiddin Bebas 4 Kes Salah Guna Kuasa Libat Suapan RM232.5 Juta

Izwan Isa
15/08/2023
03:42 MYT
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada 18 April lalu, Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu selain berhasrat agar prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.
Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah berikutan tiada mana-mana satu pun mendedahkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.
Ekoran kes ini, Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.
Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Berita

Negara muflis, Kos Sara Hidup Meningkat Jika Rasuah Berterusan

gempak
20/06/2024
03:55 MYT
Gejala rasuah akan menyebabkan negara bukan sahaja berdepan dengan risiko muflis malah kos sara hidup meningkat tinggi jika jenayah itu berterusan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Viral

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin

gempak
18/06/2024
02:50 MYT
Bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Berita

2 Pegawai Polis Didakwa Terima RM1.25 Juta Tutup Kes Pembelian Senjata Warga Israel

gempak
28/05/2024
09:13 MYT
Dua pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa berhubung kes rasuah RM1.25 juta dua bulan lalu.
Hiburan

Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi

gempak
28/03/2024
15:00 MYT
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
Laman Utama

Bebas Pertuduhan Rasuah RM2.8 Juta Bersama Suami, Ini Update Zizie Izette Di Instagram!

gempak
07/09/2023
08:22 MYT
Zizie Izeete ucap syukur...