Hiburan
Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Perdana Menteri Kelapan
Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada jam 10.33 pagi.
Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.
Turut menyaksikan istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan isteri Muhyiddin iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Must-Watch Video