,
Laman Utama

Muhyiddin Yassin Yakin Jadi PM Lagi Sekali Sebab Ada Sokongan Mencukupi, Tapi Lain Pula Kata Zahid Hamidi

Awani
20/11/2022
21:00 MYT
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua pemimpin itu serta ‘beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain’ telah memberi komitmen untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan saya dilantik Yang-di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujar Muhyiddin lagi.
Terdahulu, Abang Johari mengumumkan persetujuan GPS untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti mudah.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee pula ketika ditemui di luar kediaman Muhyiddin mengesahkan bahawa beberapa pemimpin BN turut telah memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu.
Muhyiddin, bagaimanapun tidak mengesahkan sokongan pemimpin BN dalam kerjasama berkenaan.
Pada awal pagi Ahad, Muhyiddin menegaskan, pendirian PN untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 82 kerusi Parlimen, berbanding PN yang memenangi 73 kerusi pada PRU15.
Bagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional (BN) pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi BN itu turut menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.
Sumber - Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.