Laman Utama
“Mujur Ada Anak-Anak…” – Laila Nasir 8 Tahun Bergelar Balu, Tak Mudah
Pelakon Lalila Nasir mengakui dua putera merupakan penguat semangat buat dirinya untuk terus bangkit meneruskan kehidupan.
Hidup sebagai ibu tunggal sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu bukan perjalanan dan pilihan mudah.
"Pada awalnya agak sukar sukar saya nak bahagikan masa. Untuk lakonan, anak dan berniaga lagi. Saya pula berniaga seorang diri.
"Menjadi ibu tunggal sekelip mata tinggalkan impak besar buat saya. Tak mudah, tetapi mujur ketika itu anak-anak sudah bersekolah menengah dan mereka sudah pandai bawa diri.
"Adakala saya lemah dan lost, tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung," katanya.
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggal dengan pandangan serong mata masyarakat.
"Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
"Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
"Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat," katanya.
Laila ditemui ketika menerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan.
Anugerah yang diterima menurut Laila, menjadikannya lebih bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis yang diusahakan sejak 2014.
"Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup," katanya yang mengusahakan T'Lasabella Perfume by Lailanasir dan T'Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Must-Watch Video