Sekeping gambar tanpa baju yang dikongsi oleh Fadlan Hazim di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai kerana pelakon tersebut terlalu jarang berkongsi gambar sebegitu.

Rata-rata peminat memuji penjagaan badan pelakon filem Sangkar ini yang kini dikatakan hanya memakan makanan berasaskan sayur-sayuran.



Dia menjawab soalan tersebut apabila ditanya oleh pelakon Keith Foo dan Mona Allen.

"Tempeh bro," katanya bila dipuji oleh Keith Foo.

"Vegan food, dah kata dah," jawap Fadlan pada Mona Allen.

Walau ramai yang terkejut dengan perkongsian gambar tersebut, ramai yang terpukau dengan bentuk badannya, dan tidak kurang juga yang memberikan komen pelik memuji kening Fadlan.



Selain berlakon filem, Fadlan juga cukup terkenal dengan watak Ricky / Riqmal dalam drama bersiri Papa Ricky yang ditayangkan di Astro Prima tidak lama dulu.

Mco gainz???

A post shared by ?????? ????? (@fadlanhazim) on


Fadlan ketika ini masih lagi hangat bercinta dengan seorang model dan juga pengasas bersama Kulet, Julieanne Kang.