Hiburan
“Mujur Tak Ada Apa-Apa” - Pulang Dari Columbia, Song Joong Ki Dikuarantin Di Korea
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Columbia semalam.
Joong Ki mengambil inisiatif berkenaan dengan melakukan proses pengasingan diri selama dua minggu berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Berita itu juga dimaklumkan oleh agensi pengurusannya menerusi satu kenyataan kepada media.
“Joong Ki telah pulang ke Korea pada 24 Mac (semalam) dan mujurlah dia tidak mempunyai masalah berkaitan dengan kesihatan.
“Joong Ki akan menjalani proses pengasingan diri dan sepanjang tempoh berkenaan dia akan berehat di rumahnya,” kata wakil agensinya.
Terdahulu, Joong Ki berada di Columbia kerana menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Bogota.
Penggambaran Bogota bermula sejak Januari lalu dan pihak produksi dijangka menyiapkan keseluruhan pasca produksi filem itu pada bulan Mei ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Soompi