“Mujur Tak Ada Komen Negatif” - IU Jemput Sulli Jadi Cameo Hotel Del Luna

Mya Amri
Ogos 23, 2019 09:44 MYT
Pelakon Korea dan bekas anggota kumpulan K-Pop f(x), Sulli akui lega apabila lakonannya dalam drama terbaru tvN, Hotel Del Luna tidak mendapat komen negatif netizen.
Menurut Sulli, dia menerima tawaran untuk menjadi pelakon undangan Hotel Del Luna adalah disebabkan pelawaan pelakon utama drama tersebut iaitu IU yang merupakan sahabat baiknya.
“IU menghubungi saya secara personal untuk membincangkan tawaran tersebut. IU memberitahu dia menyukai salah satu watak dalam drama itu dan mempelawa untuk membintanginya.
“Tanpa sebarang pertanyaan lanjut, saya terus menerima tawarab tersebut.
“Selain itu, saya juga berasa lega kerana tidak menerima sebarang komen negatif terhadap penampilan saya dalam Hotel Del Luna.
“Rasanya saya dah lakukan yang terbaik dan penonton menyukai lakonan itu,” katanya.
Sulli mendedahkan perkara itu menerusi program ‘Reply Night’ baru-baru ini.
BACA: Penangan Hotel Del Luna, IU Wujudkan Akaun Instagram Untuk Karakter Jang Man Wol
Jangan lupa saksikan drama Hotel De Luna yang ditayangkan secara eksklusif di saluran tvN (395).
Hotel De Luna bersiaran setiap Selasa dan Jumaat pada jam 9.50 malam.
Terdahulu, Hotel Del Luna merupakan karya terbaru penulis genius Hong Sisters yang sememangnya terkenal dengan naskah hebat dan popular antaranya Sassy Girl Chun Hyang, Gumiho, You’re Beautiful dan Master’s Sun.
Sinopsis:
Hotel Del Luna mengisahkan tentang Ketua Pegawai Eksekutif hotel, Jang Man Wol (IU) yang pernah melakukan kesalahan besar pada masa lalu. Manakala Goo Chan Sung (Yeo Jin Goo) pula merupakan seorang pengurus di sebuah hotel elite.
Pertemuan antara Man Wold an Chan Sung menyebabkan wanita itu terkenang kembali dosa-dosa yang dilakukannya pada 1000 tahun lalu.
Menariknya, Hotel Del Luna merupaka hotel lama yang hanya dihuni oleh hantu dan disebabkan berlaku perkara yang tidak terduga, Chan Sung terpaksa bertugas sebagai manager di hotel berkenaan.
#Sulli #Artis Korea #Hotel Del Luna