Hiburan
Muka Aaisyah Bengkak, Che Ta Tak Tahu Anak Ada Alahan - “ Baru Tahu Dia Tak Boleh Makan…”
Akibat memakan hidangan ketam, anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dipenuhi bengkak dek kerana alahan.
Alahan makanan laut
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta pada ruangan kapsyen menerangkan bahawa dia tidak tahu tentang alahan puterinya itu terhadap makanan laut tersebut.
undefined “Baru tau yang Aaisyah tak boleh makan ketam. Habis bengkak muka.
“Lepas makan je terus naik, jadi lepas ni lega mummy dah tak payah beli ketam,” tulisnya.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang terhadap keadaan Aaisyah.
“Bahaya alahan ni, boleh tutup saluran pernafasan.
“Kena buat allergic test ni.
“Pergi hospital, cuba buat allergic test, tengok apa yang tinggi," komen beberapa netizen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu telah meraih hampir 40,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan.
BERITA TRENDING: Ibu Menyusul 'Pergi' Selepas Tiga Hari Anak Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Air Bah Merah Di Bachok - "Awalnya Tak Tahu Dari Mana, Rupa-Rupanya..."
BERITA TRENDING: Elton John Hilang Keupayaan Melihat : “Saya Tidak Boleh Melihat, Membaca…”
BERITA TRENDING: Si*l" - Syafiqah Aina Carut Siapa?