“Muka Ada Iras, Moga Jodoh Kekal Hingga Akhir Nyawa” - Netizen Doakan Jodoh Fasha Sandha & Aidil Aziz Berkekalan

Asraf Aided
November 28, 2018 05:24 MYT
Aktres jelita Fasha Sandha berkongsi beberapa foto bersama tunangnya iatu Aidil Aziz yang dirakam ketika menghadiri program Jozan Live pada malam tadi.
Perkongsian itu dibuat Fasha menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan netizen, rata-rata mereka berpendapat bahawa wajah Fasha dan Aidil kelihatan seiras, ramai juga yang memuji keserasian pasangan yang baru melangsungkan pertunangan ini.
“Muka ada iras, moga jodoh kekal hingga akhir nyawa.
“Macam mirip lah.
“Sweet couple.
“Sama cantik sama padan.
“Muka sama lah,” tulis netizen.
Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang sudi mengundang mereka berdua untuk menghadiri program tersebut.
Jozan Live bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil pada setiap selasa jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
#Fasha Sandha #Aidil Aziz