“Muka Cun Tapi Pengotor” - Rumah Bau Bangkai, Wanita Ini Menangis Terima Housemate Dari 'Neraka'
Azwa Rahman
13/07/2020 10:14 MYT
13/07/2020 10:14 MYT
Penyewa yang pembersih memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan demi keselesaan seisi rumah.
Kalau dapat yang pengotor, alamatnya semua penyewa di dalam rumah terpaksa menanggung akibatnya.
Seorang wanita berkongsi rasa geramnya terhadap teman serumah yang menetap di Flat Sri Serdang lari meninggalkan rumah mereka dalam keadaan tidak terurus, kotor dan berbau bangkai.
Bagi penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikenali sebagai Rara ini, dia dan seorang lagi teman serumah pulang ke kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, meninggalkan ‘housemate dari neraka’ sendirian di rumah sewa kerana perlu bekerja.
“Sebelum balik memang saya dah bersihkan rumah, pastikan sampah dibuang tapi bila balik sini, saya terkejut rumah tu berbau bangkai.
“Dia hidup bersama ulat dan tikus tanpa rasa geli. Bawah dapur masak penuh najis tikus tapi dia boleh masak macam biasa. Lepas tu tak basuh dan tinggalkan.
“Bukan tu sahaja, sampah dia total 10 beg plastik hitam besar. Boleh pula bilik dia tinggalkan penuh dengan sampah,” kata Rara ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelajar PhD berusia 29 tahun ini lagi, pemilik rumah yang berusia 70 tahun sedih melihat rumahnya dibiarkan berkulat dan diperlakukan sebegitu.
“Pemilik rumah pun terkejut dan paling sakit hati bil elektrik dia duduk, kami kene bayar sebab dia tak balas mesej langsung lepas saya tegur pasal periuk nasi rosak dan ada tikus.
“Saya kemaskan semua kekotoran dan najis dan dalam bilik air mereka! Allah sahaja tahu betapa saya penat.
“Saya memang tidak boleh hidup dengan keadaan rumah kotor, bernajis, bilik air berkerak berlumut, dapur berminyak, ulat penuh dalam tong sampah, botol mineral tidak buang, dah masak tak basuh.
“Baju pulak sidai berminggu kat ampaian, rendam baju berminggu, rumah berhabuk tak bersapu, rambut gugur di lantai, sinki berkeladak hitam dan rumah berbau. Tolong jangan buat harta owner mcm ni. Kau fikir orang beli pakai air liur
“Muka cantik, putih kemerahan, ayu dan jelita tapi sayang sekali pengotor,” kata Rara lagi.
Dia turut menyeru kepada semua yang menetap di rumah penyewa untuk menjaga harga orang dengan sebaiknya.
“Hargai barang atau harta yang orang pinjamkan. Rumah sewa harta yang kita "pinjam" dengan bayaran. Jadi jaga elok dan jangan rosakkan.
“Lagi satu, kalau korang jumpa housemates macam ni lebih baik kita pindah kalau dia tidak pindah-pindah,” jelasnya.
Malah, Rara turut menasihati para lelaki dan wanita untuk berhati-hati mencari jodoh takut terkena yang jenis pengotor.
“Biasa kita dengar malanglah wanita yang tersalah pilih suami. Tapi hari ini saya ingin katakan malanglah seseorang jika dapat penghuni rumah pengotor atau lebih malang lagi lelaki/perempuan yang berkahwin dengan si pengotor ini’”, jelasnya lagi sebagai penutup.