Laman Utama

Muka Elon Musk Pernah Bengkak Ketika Bercinta Dengan Amber Heard, Netizen Minta Siasat!

gempak
Izwan Isa
29/04/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Muka Elon Musk Pernah Bengkak Ketika Bercinta Dengan Amber Heard, Netizen Minta Siasat!
Sejak perbicaraan kes melibatkan pelakon Johnny Depp dan Amber Heard, pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen.
Melihat pada hantaran-hantaran trending di media sosial, rata-rata dilihat memberikan sokongan penuh kepada Johnny dengan menggunapakai tanda pagar #JusticeForJohnnyDepp.
Justeru, tidak hairanlah jika petisyen yang mendesak supaya Amber digugurkan daripada filem yang bakal ditayangkan, Aquaman 2 kini menerima lebih 2 juta tanda tangan.
Hal ini sekaligus membuktikan bahawa netizen ingin melihat keadilan yang serupa diberikan kepada Amber, sama seperti Johnny yang digugurkan daripada projek filem Fantastic Beast.
Terbaharu, netizen turut meminta agar pihak pengadilan memanggil bilionair terkemuka, Elon Musk untuk memberikan keterangan.
Hal ini kerana, ketika Elon mula berpacaran dengan Amber sekitar 2017, ada beberapa keping paparazi yang dirakam memperlihatkan keadaan wajah Elon yang lebam-lebam. “Saya tahu hal ini tidak mungkin akan terjadi, tetapi sebahagian daripada saya mahukan pasukan Johnny Depp bertanyakan pada Elon Musk tentang luka pada wajahnya ketika dia menjalinkan hubungan dengan Amber Heard,” tulis seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi gambar lama Amber yang memperlihatkan buku lima jarinya yang merah dan penuh bekas luka.
“Ada banyak gambar tangannya (Amber) yang kamu boleh lihat seperti dia menumbuk seseorang atau sesuatu,” kata netizen berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang berharap agar lebih ramai lelaki yang berani tampil ke depan jika mengalami hal yang sama seperti Johnny.
“Saya pun ingin tahu tentang ini. Saya harap lebih ramai lelaki yang ke hadapan dan kongsikan semuanya. Juga, jika Johnny mempunyai masa silam, saya harap lebih ramai wanita datang ke depan dan kongsikan kisah mereka,” katanya.
Depp dan Heard berkahwin pada 2015 dan bercerai tiga tahun kemudian iaitu sekitar 2017. Sejak itu, pasangan yang pernah dilihat sangat serasi dan dicemburui tersebut tidak memiliki hubungan baik sehingga Heard mendakwa hidup merana bersama Depp kerana sering mengalami kekesaran dalam rumah tangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live