Hiburan
“Muka Minyak, Rambut Toncet, Buat Apa Nak Malu Ini Adalah Rupa Seorang Isteri” – Nad Zainal
Pelakon, Nad Zainal akui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu sebelum ini.
“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan ber anak. Kita akan banyak tanggungjawab... Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah...
“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa... Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.
“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak... Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Dalam perkembangan terbaru, Nad kini membintangi dramabersiri Geng Mak Mak bersama pelakon hebat lain Sazzy Falak, Elvina Mohamad, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.
Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Foto: Instagram @nad.zainal