GAYA HIDUP

Muka Mirip Pelakon Korea Kwak Dong Yeon, Lelaki Melayu Ini Kongsi Tips Pikat Gadis Korea

Azwa Rahman 24/09/2019 | 08:40 MYT
Jarak bukan alasan kalau hati bertaut cinta.
Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan hubungan pasangan ini.
Tular menerusi laman sosial Twitter, seorang lelaki bernama Ahmad Fadhlan berkongsi hubungan cinta jarak jauh bersama kekasih hati yang berasal dari Korea.
“Long distance relationship is hard. All the way from Malaysia to Korea. Saranghae,” tulis lelaki tersebut beserta beberapa keping foto bersama buah hati.
Dikenali sebagai Moon Jiseon, perkenalan gadis Korea bersama Fadhlan bermula apabila mereka melanjutkan pengajian bersama di negara itu.
Fadhlan sempat berkongsi beberapa tips untuk para jejaka mendapatkan gadis Korea sebagai teman wanita.
“Pertama, kenalah jaga muka. Aku pun hitam je, jerawat sana sini, main ragbi. Tapi dia okay je dengan aku.
“Aku pun tak tahu dia pandang apa sebenarnya, mata lain-lain. Banyakkan berdoa je. Tinggi pun kena, tapi aku pendek haha,” tulis Fadhlan menerusi bebenang kicauan.
Malah, wajah Fadhlan yang dikatakan mirip pelakon kacak Korea, Kwak Dong Yeon membuatkan gadis tersebut terpikat dengannya.
“Dia cakap muka aku macam mamat ni, aku tak kenal pun. Mak aku cakap muka aku macam Jep Sepahtu je,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memberikan sokongan terhadap hubungan cinta jarak jauh ini.
Malah ada yang meluahkan keinginan mahu memiliki pasangan dari negara tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengucapkan tahniah kepada Fadhlan dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin.
Perkongsian berkenaan telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Viral #Cinta #Viral #Remaja