Muka Suami Aleysha Macam Farid Kamil Lah – Peminat Ucap Tahniah Adik Sharifah Amani Dah Kahwin

Mya Amri
Ogos 5, 2017 06:40 MYT
Adik kepada pelakon Sharifah Amani, Sharifah Aleysha selamat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Ali.
Berita gembira itu dikongsi oleh Amani menerusi beberapa foto pernikahan Aleysha dan Ali menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Amani meluahkan rasa bersyukur dan tidak percaya apabila adik kesayangannya itu telah pun bertukar status kepada isteri.
“Kamu sememangnya adalah sebahagian daripada keluarga kami @aliroars dan hari ini adalah secara rasmi.
“Tolong jagakan Pheonix kami dan dia juga akan melakukan perkara yang sama kepada kamu. Insha Allah.
“Syukur Alhamdulillah, lindungilah hubungan mereka dan restuilah perjalanan baru mereka. Mudah-mudahan. Ani sayangkan kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya.
Dalam pada itu, selain mengucapkan tahniah kepada mempelai, suami Aleysha juga turut mendapat perhatian peminat apabila wajahnya kelihatan seperti aktor Farid Kamil.
@iffahzuraifah: Tahniah Leysha, Aliroars ni dari tepi nampak macam Farid Kamil hihihi.
@eydafayzal: Cute. Sesuai dengan ‘attitude’. Senyum tu yang mahal. Tahniah ye untuk keluarga Amani sebab dah tambah ahli keluarga.
@umminadiatusyafiqahmad: Wah! Kahwin dah. Tahniah!!!!!
Teks oleh: Mya Amri
#Kahwin #Kahwin #Sharifah Amani #Sharifah Aleysha