“Muka Tahan Kecut Perut Tu Comel” - Takut Naik Roller Coaster? Tengok Yusuf Iskandar, Rilex Je

Mya Amri
Februari 15, 2019 07:30 MYT
Pelakon, Hairul Azreen berkongsi momen pengalaman pertama anaknya, Yusuf Iskandar menaiki permainan Roller Coaster.
Menariknya, Yusuf yang menaiki permainan itu bersama ibunya, aktres Hanis Zalikha kelihatan begitu berani.
Lebih comel lagi apabila Yusuf yang gembira dan teruja turut menjerit sebaik sahaja mendengar jeritan Hanis.
Bagaimanapun, dipertengahan jalan wajah Yusuf yang ceria mula berubah sedikit ‘cuak’ namun dia tetap tidak menangis.
“@theyusufiskandar first time naik roller coaster, that’s my boy,” tulisnya di Instagram semalam.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji Yusuf dan kagum dengan keberanian anak kecil itu.
Foto: Instagram @hairulazreen
#Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Yusuf Iskandar