Muka Terlebih Comel, Anak Bongsu Anzalna Dapat Special Gift Dari Oversea! - "Habis Tu Mak Dia Tak Cute Ker?"
03/12/2022 09:00 MYT
Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terharu apabila salah seorang pengikut di Instagram sudi memberikan hadiah kepada anak lelakinya, Mohamad Emirhan.
Tidak pernah bersua dengan individu berkenaan, kata Anzalna dia berasa bersyukur dan menganggap pemberian hadiah tersebut sebagai rezeki buat anak keduanya itu.
“Dia pengikut di Instagram saya, saya tengok dia memang berniaga, jual barangan dari luar negara, macam personal shopper, barang-barang berjenama.
“Saya tak pernah kenal atau jumpa dengan orang yang nak bagi hadiah tu, ini pun dia tegur saya melalui Instagram sahaja.
“Bila dia sudi nak bagi tu, saya rasa so sweet sangat dalam masa terharu juga. Saya anggap itu macam rezeki untuk anak saya, Emirhan.
“Saya pun tak sangka, ada peminat dan orang di luar sana yang suka tengok anak saya, telatah dan gelagatnya.
“Saya mula-mula tak nak terima sebab macam tak nak susahkan dia, tapi saya terima juga anggap sebagai hadiah. Dia kata lagi dua tiga hari baru sampai, mungkin dari overseas la tu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam masa sama, aktres berusia 34 tahun itu menjelaskan dia tidak mengambil kira sama ada kecil atau besar saizn pemberian tersebut, tetap membuatnya gembira.
“Kalau sebelum ini ada juga terima hadiah untuk anak daripada kawan-kawan, kalau yang random macam ini pertama kali.
“Kecil atau besar hadiah yang diberi saya tak kisah, asalkan dia ikhlas bagi anak saya, more than happy,” tambahnya.
Terdahulu, Anzalna berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya.
“Emirhan dapat hadiah sebab dia cute! Habistu mak dia tak cute ke?” tulisnya.
Untuk info, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Hanif Zaki pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees, 2 dan Mohamad Emirhan, 7 bulan.