Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Muka Terpaksa Puji” - Netizen Kata IShowSpeed Lebih Menikmati Burger Di Malaysia Berbanding Singapura

Asyraf Roslan
26/09/2024 00:25 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di destinasi terakhirnya iaitu Singapura untuk siri jelajahnya di Asia Tenggara.

Sudah terbang ke beberapa buah negara, Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. tidak terlepas untuk mencuba sesuatu yang unik dan menarik di setiap lokasi yang dikunjunginya.

Semasa kunjungannya di Kota Singa, Speed sekali lagi diminta untuk mencuba burger yang dibuat oleh penduduk tempatan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah dalam satu gigitan, Speed kelihatan seolah-olah mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan sama ada burger itu bagus atau tidak.

“Ia bagus, saya rasa ia bagus” komen Speed lepas terdiam seketika sewaktu mencuba burger yang diberikan oleh peminat Singapura.

Dalam pada itu, Netizen Malaysia mengatakan bahawa Speed sudah merasa burger yang lebih baik daripada burger Singapura.

“Nampak muka Speed cover line, tak boleh lawan burger ramly”

“Good tapi tak habis”

“His reaction says it”

“Patty macam tu bersepah la kat tempat dia..ramli lagi special,” kata-kata netizen di ruangan komen dilaman X.

BERITA TRENDING: IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

BERITA TRENDING: Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

BERITA TRENDING: Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

BERITA TRENDING: “Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin


Namun dalam pada sama ada juga netizen yang tidak bersetuju jika netizen Malaysia membanding-bandingkan burger daripada negara mana yang lebih enak.


“Memang burger jenis smash kurang sedap daripada ramli, korang tak payah gaduh-gaduh.

“Ramly jenis bersos juicy , smash jenis kering-kering. tak payah banding kekurangan negara, nampak buruk perangai,” ujar @JebatbinTuah.

“ini je lah hiburan korang compare benda2 remeh tak habis2,” kata Ryan Fariz.


Untuk info, Sebelum Speed ke Singapura, dia telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja, Thailand dan Malaysia pada 17 September lalu.

Selepas berkunjung ke Malaysia, IShowSpeed sempat terbang ke Indonesia dan terus ke destinasi terakhirnya iaitu Singapura.

Namun, dia sempat membuat kejutan untuk berkunjung ke Johor Bharu untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

IShowSpeed merupakan seorang penstrim paling terkenal di YouTube, dan meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi.

#Malaysia #Singapura #Youtuber #Burger #IShowSpeed #Personaliti sensasi
;