Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Muka Zoey Rahman Bengkak Teruk Kesan Ubat Bius Tanam Rambut, Sekali Imbas Macam ...

Amri Hassan 12/05/2020 | 07:05 MYT
Penampilan terkini pelakon Zoey Rahman mengejutkan ramai apabila wajahnya bengkak selepas menjalani prosedur menanam rambut minggu lalu.
Hampir tidak kenal, namun kata Zoey kesan bengkak akibat ubat bius itu akan hilang beransur-ansur.
"Tak sakit pun cuma kesan bengkak sebab bius buat tak selesa" kata Zoey.
Tambahnya, bengkak itu bermula dari bahagian dahi dan turun ke kening, kelopak mata dan bawah mata.
Berkata kepada mStar, Zoey memberitahu tujuannya melakukan prosedur tanam rambut demi merawat masalah keguguran rambut yang dialaminya.
Pelakon itu menanam sejumlah 3,000 rambut yang diambil daripada bahagian belakang kepalanya dan ditanam pada bahagian yang terjejas.
Ramai yang meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan terkini Zoey hingga ada yang memintanya untuk terus mendapatkan rawatan sewajarnya.
Zoey juga sempat berseloroh dengan peminatnya dengan memperkenalkan diri sebagai warganegara Mongolia dengan paras rupa bermata sepetnya itu.

4:32 . DAY 4 сайн уу миний нэрийг Канаду гэдэг . . hi my name is Xanadu from Mongolia . @drshahhairclinic

A post shared by PLEASE STAY AT HOME (@zoeyrahman) on

Namun, perkara yang lebih mencuit hati apabila ada yang menyamakan wajah Zoey mirip usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi bervokal lantang, Anuar Zain.
#Zoey Rahman #Muka Bengkak #Tanam Rambut
;