Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Muktamad! Dituduh 9 Kes Jenayah Termasuk Rakam Aksi Porno, Seungri Kena Penjara 1 Tahun 6 Bulan

Maliah Surip
26/05/2022 04:25 MYT
Bekas anggota grup terkenal Korea Selatan, Seungri dari Big Bang akhirnya menerima hukuman daripada perbuatan jenayah yang dilakukannya beberapa tahun lalu.

Pihak The Supreme Court of South Korea dilaporkan telah menjatuhkan hukuman satu tahun enam bulan penjara terhadap Seungri atau nama sebenarnya, Lee Seung Hyun pada 26 Mei 2022 selepas rayuan yang dibuat menerusi High Military Court pada Januari lalu ditolak.

Sebelumnya lelaki berusia 32 tahun ini dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh High Military Court, lapor AllKPop.

Mengikut fakta kes, Seungri telah disabitkan dengan 9 kes jenayah pada tahun 2020. Rangkaian jenayah tersebut termasuklah pelacuran, perjudian di peringkat antarabangsa, membikin konten porno serta melakukan ugutan.

Seungri yang telah dipenjara di penjara ketenteraan sejak Ogos tahun lalu akan dipindahkan ke penjara awam, sesuai dengan keputusan yang dikeluarkan The Supreme Court of South Korea.

Ini bermaksud dia mempunyai baki sembilan bulan lagi masa untuk dihabiskan di penjara sebelum dijangka bebas pada Februari 2023.

Meski demikian, banyak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dikeluarkan mahkamah iaitu meringankan hukuman dari tiga tahun menjadi satu tahun enam bulan.

Mereka menyifatkan dengan skandal jenayah yang dilakukan Seungri, dia tidak layak menerima hukuman yang lebih ringan.

#Viral #Korea #Big Bang #Artis #Penjara #Seungri #Porno
;