Mula Bersekolah, Putera George Nampak Comel Pakai Baju Seragam

Mya Amri
September 8, 2017 10:14 MYT
Anak sulung kepada Putera William dan Kate Middleton, Putera George telah memulakan hari pertama persekolahannya hari ini.
Bagaimanapun kehadiran Putera George tidak diiringi ibunya kerana mengalami mabuk kehamilan yang teruk.
George ditemani Putera William di Sekolah Thomas Battersea, selatan London.
Putera berusia 4 tahun itu dilihat sunggu comel menyarungkan pakaian seragam sekolah dengan seluar pendek serta kasut hitam.
Menariknya, putera kesayangan pasangan diraja William dan Kate itu merupakan pelajar termuda dalam kelasnya.
Antara subjek yang akan dipelajari termasuklah balet, lukisan, drama, bahasa Perancis dan muzik.
Foto: Dailymail UK
Sumber: Astro Awani / Dailymail UK
#Putera George #Putera William