Laman Utama
Mula Menabung Untuk Duduk Rumah Orang Tua, Sharnaaz Ahmad Tetap Tak Nak Bakal Isteri Pelakon - “Jebat Ada Ibu Baru Yang Pasti…”
Status aktor Sharnaaz Ahmad yang mengakui dia tidak mahu bakal isterinya dalam kalnagan selebriti mengundang salah faham dalam netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Sharnaaz menjelaskan dia menerima ketentuan jodoh yang sudah ditetapkan Allah namun berharap bakal ibu kepada anaknya, Jebat Jayden bukanlah seorang pelakon.
“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata salah anggap. Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ini ada bini, aku terima.
“Jebat ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!” tegas Sharnaaz.
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan dia sudah menyediakan wang simpanan untuk menetap di rumah orang tua sekiranya tidak bertemu jodoh.
“Kalau tak ada, aku dah standby tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jeket bulu warna merah sambil hisap cigar, tengok hujan rintik ikut tingkap.
“Ada juga member boleh main dam aji, tak pun snuker lucky ball,” ujarnya.
Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunya kekasih namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.
Katanya, usianya sudah meningkat serta bimbang sekiranya hubungan itu tidak berakhir dengan baik.
Untuk info, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Must-Watch Video