"Mula-Mula Kesian Tepi Lama-Lama Meluat" - Sweet Qismina Ulas Isu Homofobia & LGBT

Amri Hassan
Mac 11, 2020 04:47 MYT
Pelakon Sweet Qismina punyai pandangan sendiri mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Kata Sweet, 23, dia meluat apabila ada antara golongan terbabit yang keterlaluan.
"Sensitifnya, bila LGBT yang mempersendakan agama bukan main cakap 'there’s nothing wrong with it', 'itu hak dia', 'freedom of speech', 'why triggered', 'itu kan rumah Allah'.
"Pada mulanya, kesian sebab mereka golongan minoriti tapi kemudiannya meluat.
"Tak payah nak homofobia sangat kamu islamophobia.
"Bila I cakap I tak benci LGBT it’s just I tak support LGBT, marah.
"I don’t judge your gender. Sometimes I lagi nak berkawan with you when ramai duk hina dan ignore.
"I even treat you with kindness & respect. But acano, from that one sentence nak triggered. Orang lagi annoyed," tulisnya menerusi akaun Twitternya.

Sensitivenya..bila LGBT people yg mempersendakan agama kemain cakap “there’s nothing wrong with it” “itu hak dia” “freedom of speech” “why triggered” “tu kan rumah Allah”. At first kesian sbb they’re minority but then, meluat. Tak payah nak homophobic sgt you islamophobists. https://t.co/5XDBWvj3LK

— FarhannaQismina (@Sweetqismina) March 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sweet mengulas perkara terbabit berhubung kenyataan pengguna Twitter yang menyifatkan lagu kumpulan Bunkface, Akhir Zaman homofobia.
Sehubungan dengan kontroversi lirik 'LBGT pergi mampus' dalam lagu tersebut, lirik video Akhir Zaman telah dipadamkan dari YouTube.
BACA: "LGBT Pergi Mampus!" - Sentuh Sensitiviti, Lirik Lagu Baru Bunkface Cetus Amarah Netizen
BACA: Bunkface Tak Benci Golongan LGBT, Tapi Lirik Video Akhir Zaman Dipadamkan YouTube!
Saksikan karya lakonan Sweet Qismina yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#Bunkface #Sweet Qismina #LBGT