Pelakon Adam Shahz menceritakan pengalaman dia menjalani proses kuarantin selama 18 hari.

Aktif menjalankan tugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memberi bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Adam terpaksa menjalani proses terbabit lebih empat hari daripada kebiasaan.

BACA: "Boleh Tak Jangan Berlagak Macam Dewa .." - Dikuarantin Disebabkan Pesakit Covid-19, Adam Shahz Bengang Masih Ada Tak Patuhi Arahan

"Saya terpaksa dikuarantin kerana ada salah seorang individu yang dijumpai ketika saya bertugas memberi bantuan sebagai anggota APM disahkan positif COVID-19.

"Bayangkan, hari ini saya berjumpa dengan dia, esok dia disahkan COVID-19. Jadi, saya terpaksa mengasingkan diri.

"Sepatutnya, proses kuarantin akan dijalankan selama 14 hari atau dua minggu sahaja, tetapi saya pula menjalaninya selama 18 hari.

"Sebelum mengakhiri proses kuarantin selama dua minggu, semua individu harus menjalani ujian COVID-19. Apabila keputusannya negatif, barulah boleh 'dibebaskan'.

"Saya lambat 'bebas' kerana keputusan ujian COVID-19 saya lambat keluar. Syukur Alhamdulillah, selepas 18 hari, saya disahkan negatif," kata Adam.

Tambah pelakon filem Town Mall ini lagi, pengalaman kuarantin yang dilaluinya agak mencabar kerana sepanjang tempoh PKP, Adam aktif menjalankan tugasnya sebagai anggota APM untuk berjumpa orang ramai memberikan bantuan.

"Bayangkan saya sudah biasa keluar memberikan bantuan, tiba-tiba saya harus menjalani proses kuarantin. Agak mencuit kerana sebelum ini saya yang menghantar bantuan, lepas tu saya pula yang dapat bantuan kerana menjadi individu yang dikuarantin.

"Sejujurnya, pengalaman ini akan saya ingati dan saya sangat bersyukur kerana terhindar dari COVID-19," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan lakonan Adam sebagai Malik dalam filem Town Mall!


Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.


Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.