"Mula-Mula Sofi, Sekarang Scar. Maafkan Daddy..." - Aaron Aziz Sedih

Badrul Hashim
Julai 24, 2020 10:39 MYT
Sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan pasti tahu rasa kesedihan apabila haiwan peliharaan sakit mahupun mati, apatah lagi memelihara mereka sejak bertahun-tahun lamanya.
Perasaan sedih itulah yang dikongsikan oleh pelakon terkenal Aaron Aziz apabila seekor lagi kucingnya mengalami sakit yang teruk.
Pada satu entri video di Instagram miliknya, Aaron berkongsi keadaan kucing miliknya yang diberi nama Scar.
"First was Sofi. Sekarang Scar. ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untukmu Scar. Daddy minta maaf kerana tak menjagamu dengan baik sejak sakit FIV.
"Dah lama sangat you suffered but we tak sampai hati nak ask Doctor to put you down so we let ALLAH decide. Thank you for the wonderful 7yrs," tulis Aaron pada video tersebut.
Sebelum ini Aaron pernah memuat naik beberapa entri tentang kucing-kucingnya di Instagram, menandakan dia sangat suka kepada kucing sebagai haiwan peliharaan.
#Sakit #Aaron Aziz #Sakit #Kucing