Pelakon Sharifah Aryana dan tunang kini menjalankan perniagaan menjual nasi lemak secara dalam talian.



Menurut Aryana pada mulanya dia hanya mahu melakukan secara kecil-kecillan kerana bimbang jika sambutan tidak menggalakkan.



Namun Aryana yang popular menerusi filem Mukhsin suatu ketika dulu itu bersyukur selepas sebulan berniaga, sambutan amat menggalakkan dan kini menerima banyak tempahan.



“Bila Yana mula nak start @nasilemakclassicrecipe dengan tunang Yana, kami dua ingat nak buat benda ni secara kecil-kecilan.



“Mula- mula Yana takut orang tak nak beli, takut sebab banyak sangat business makanan yang lain. Tetapi Alhamdulilah selepas sebulan, kami dapat sambutan yang sangat bagus.

“Oleh kerana ramai orang nak, order bertambah dari area jauh, kami dua tak dapat nak hantar lagi dah. Orders semakin bertambah dan area semakin jauh. Oleh kerana itu, kami membuat keputusan untuk menggunakan rider,” katanya.



Adik kepada pelakon Sharifah Amani itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.



Menerusi entri tersebut dia berkongsi rakaman video bersama tunang sedang melekatkan stiker di kotak nasi lemaknya.



Menurut Aryana dia dan tunang akan sentiasa memperbaiki mutu masakannya dan sedia menerima apa jua pandangan.



“Kami berdua dari mula lagi hanya mahu berkongsi dengan orang masakan kami. Ikhlas, kami akan ambil semua feedback customer kami untuk selalu menambahbaik quality makanan kami.



“Disebabkan kami menggunakan rider, packaging kami pun harus tukar untuk memastikan makanan kami sampai customer kami dengan selamat.

“We just want to make food and share our love with people. Thank you sangat sangat kepada semua yang sanggup order dan bersabar dengan kami. Kami hanya bertiga dengan bantuan helper saya. We have gone through ups and downs and this has really challenged us as a couple but we won’t give up,” katanya lagi.



Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata turut menyokong perniagaannya itu.

Bila Yana mula nak start @nasilemakclassicrecipe dengan tunang Yana, kami dua ingat nak buat benda ni secara kecil-kecilan. Mula mula Yana takut orang tak nak beli, takut sebab banyak sangat business makanan yang lain. Tetapi Alhamdulilah selepas sebulan, kami dapat sambutan yang sangat bagus ? Oleh kerana ramai orang nak, order bertambah dari area jauh, kami dua tak dapat nak hantar lagi dah. Orders semakin bertambah dan area semakin jauh. Oleh kerana itu, kami membuat keputusan untuk menggunakan rider. Kami berdua dari mula lagi hanya mahu berkongsi dengan orang masakan kami. Ikhlas, kami akan ambil semua feedback customer kami untuk selalu menambahbaik quality makanan kami. Disebabkan kami menggunakan rider, packaging kami pun harus tukar untuk memastikan makanan kami sampai customer kami dengan selamat. We just want to make food and share our love with people. Thank you sangat sangat kepada semua yang sanggup order dan bersabar dengan kami. Kami hanya bertiga dengan bantuan helper saya. We have gone through ups and downs and this has really challenged us as a couple but we won’t give up ? #nasilemakforlife #nasilemakclassicrecipe

A post shared by Sharifah Aryana (@yana.alyahya) on