BERITA

Mula Tunjuk Taring Masing-Masing, BBNU Bergabung Semula Atas Satu Pentas

Rozaimi Zubaidi 21/12/2018 | 01:45 MYT
Kehebatan dan bakat yang ada pada angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam bidang nyanyian memang tidak boleh di pertikaikan lagi.
Ternyata kebanyakkan single nyanyian BBNU ini mewarnai industri muzik tanah air dan lagu mereka menjadi 'trending' di setiap platform digital.
Kerinduaan anda terhadap bintang-bintang program Big Stage ini bakal terubat apabila mereka akan menghangatkan malam minggu anda menerusi program Bintang Minggu Ini.
Gabungan sembilan BBNU ini bakat menghiburkan anda apabila masing-masing mula menunjukkan taring dalam melakukan persembahan terbaik apabila bergabung semula atas satu pentas.
Bintang Minggu Ini akan membawakan sembilan BBNU iaitu Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi dan Sissy Imann.
Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.
Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.
Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.
Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.
Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.
#BBNU #Bintang Minggu Ini #jolokan Budak Baru Nak Up