Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mulai 10 Mei Hingga 6 Jun, Rentas Daerah & Negeri Di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Kecuali Kebenaran Polis

Zulaikha Yusof 08/05/2021 | 17:20 MYT
Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ismail, selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19 di seluruh negara.
"Ia merangkumi aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam.
"Selain itu, aktiviti rasmi, sosial dan bersemuka oleh kerajaan dan swasta, adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan media.
Bagaimanapun, ujarnya keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu.
#Polis #Negeri #COVID-19 #Ismail Sabri #Rentas Daerah
;